MAHARONG WANGSA

The BANJARIAN...

Sunday, January 30, 2011

UNSUR SENI-RUPA

Rupa ialah hasil dari pertemuan titik awal dan titik akhir satu garisan.
Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
Rupa Geometri- rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat
segi dan lain-lain rupa yang bersudut.





Rupa Organik- merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya
seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya.







Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu.
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

Rupa positif

Rupa negatif











Rupa dalam Aktiviti Mencorak
Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ).
Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu.
Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak
i. susunan selang-seli
ii. Susunan turun separa
iii. Susunan batu-bata
iv. Susunan orgee
v. susunan cerminan
vi. Susunan sisik ikan

Rupa dan Lambang
Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol.















Rupa dan Muka Taip-muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.

No comments:

Post a Comment